PENERBIT muzik terkenal DJ Diplo sekali lagi 'menyerang' Taylor Swift apabila menyifatkan muzik diperjuangkan penyanyi itu sebagai membosankan. Hollywood Life melaporkan, Diplo, 38, memberitahu lagu menerusi album terbaharu Taylor yang berjudul Reputation sudah ketinggalan zaman. Malah kata Diplo, dia lebih sanggup mendengar lagu-lagu daripada penyanyi yang tidak dikenali kerana ia lebih bagus berbanding muzik diperjuangkan Taylor. "Trend muzik pada hari ini ditentukan oleh orang muda dan mereka sebenarnya sudah tidak mahu mendengar lagu seperti Look What You Make Me Do nyanyian Taylor," katanya. Bagaimanapun Taylor tidak memberi respon terhadap kenyataan Diplo itu. Pada 2014, Diplo pernah menghina bentuk tubuh Taylor dengan mengatakan penyanyi itu mempunyai punggung leper.