suria

Setiap hari Selena Gomez teringatkan Justin Bieber

Selena sentiasa memikirkan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

PENYANYI Selena Gomez yang kini berada di Jerman dikatakan setiap hari memikirkan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Beberapa minggu yang lalu, Selena dan Justin mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Selena belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa kini.

Penyanyi lagu Wolves ini hanya ingin memberi tumpuan kepada emosi, fizikal dan kesihatannya.

"Selena selalu nampak atau dengar sesuatu yang membuatkan dia teringat Justin. Jadi, sudah semestinya, Justin sentiasa ada dalam fikirannya.

"Dia tidak mahu menjalinkan hubungan cinta buat masa ini. Hanya mahu fokus pada keadaan emosi, fizikal dan kesihatannya sahaja.

"Pembedahan buah pinggang yang dilakukan pada tahun lalu membuatkan dia perlu beri tumpuan pada fizikalnya," kata sumber terdekat.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain