PENYANYI Ayu Ting Ting masih belum memikirkan soal kahwin dan mengharapkan semua orang mendoakan dia untuk bernikah semula. Menurut laporan KapanLagi.com, Ayu sempat berseloroh meminta pihak media untuk mencarikan suami untuknya. "Doakan saja segera berkahwin. Kamu carikan sajalah. Kalau anda jumpa, beritahu saya," katanya. Ayu ditemui ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Baim Wong dan isterinya Paula Verhoeven pada malam, Sabtu. Penyanyi itu juga mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan agar mereka dikurniakan cahaya mata.