suria

Doktor nasihat Tzuyu (TWICE) untuk berehat buat sementara waktu

Tzuyu mengalami masalah kesihatan dan perlu rehat buat sementara waktu.

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Tzuyu direhatkan buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti seni.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya JYP Entertainment memberitahu Tzuyu kini mengalami masalah kesihatan.

"Doktor menasihatkan supaya Tzuyu memerlukan rehat dan fokus menjaga kesihatannya sahaja.

"Jadi, kami membuat keputusan tidak membenarkan Tzuyu untuk menghadiri mana-mana aktiviti seni buat sementara waktu.

"Pihak kami memohon maaf dan akan buat yang terbaik untuk memastikan dia sembuh dengan cepat," kata agensi.

Tzuyu, TWICE

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain