TINDAKAN penyanyi Chris Brown meninggalkan komen pada foto bekas kekasihnya Rihanna di Instagram mengundang padah. E! melaporkan Rihanna memuat naik gambarnya yang tidak berbaju dan hanya berseluar dalam dan penyanyi itu meninggalkan emoji wajah terkejut dan peminat segera memberi maklum balas atas tindakannya itu. Rata-rata pengikut Rihanna mempersoalkan tindakan Chris dan memintanya menjauhkan diri daripada penyanyi lagu Umbrella selain menggelarnya sebagai pesakit mental. Pada Februari 2009, Chris ditahan atas dakwaan menyerang Rihanna dalam satu kejadian sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Grammy. Penyanyi lagu With You itu dikenakan hukuman lima tahun pengawasan dan berkelakuan baik selain dikehendaki menyelesaikan kerja amal sebanyak 180 hari. Chris juga diarahkan menyertai program anti keganasan domestik Pasangan itu pernah berbaik semula selepas kejadian itu namun hubungan mereka benar-benar berakhir pada 2013.