suria

Tak sampai sebulan umum perpisahan, Cardi B dan suami pergi bercuti

Cardi B dan Offset menghabiskan masa di Puerto Rico selepas mengumumkan perpisahan mereka awal bulan ini.

TIDAK sampai sebulan mengumumkan perpisahan, penyanyi rap Cardi B nampaknya kembali menerima Offset dalam hidupnya.

E Online melaporkan pasangan itu dilihat bercuti di Puerto Rico selepas beberapa keping gambar mereka yang menghabiskan masa di pantai berjaya dirakamkan oleh paparazi.

Malah tindakan Cardi dan Offset memuat naik gambar masing-masing di Instagram ketika bercuti menguatkan lagi gosip mereka sudah kembali berbaik.

Sebelum ini, Offset secara terbuka merayu kepada isterinya itu agar memaafkan dan menerimanya kembali selain mengaku berlaku curang terhadapnya.

Offset turut hadir ke sebuah konsert Cardi dengan membawa kek dan 2,000 kuntum mawar putih berserta kad ucapan yang meminta penyanyi itu menerimanya kembali.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat pasangan itu, Cardi belum memaafkan Offset dan kehadiran suaminya itu bersamanya di Puerto Rico kerana ingin sama-sama menyambut Krismas bersama anak mereka, Kulture.

"Cardi belum bersedia untuk terima Offset kembali. Dia cuba fokus kepada karier dan anaknya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai rumah tangganya," kata sumber.

Offset, Cardi B

Artikel Lain