suria

“Atta Halilintar bawa pengaruh positif kepada Aurel” - Anang Hermansyah restu hubungan cinta anak

Anang tidak pernah melarang anaknya bercinta.

UMUM sudah mengetahui hubungan cinta antara YouTuber terkenal iaitu Atta Halilintar dengan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel Hermansyah.

Malah, difahamkan Atta sudah melamar Aurel dan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah sedia kahwin muda dengan Atta Halilintar - “Buang masa bercinta lama-lama!”

Memetik laporan Liputan6, sebagai seorang bapa, Anang mengakui dia tidak mampu untuk melarang anaknya menjalinkan hubungan cinta dengan Attar.

Menurut Anang, Attar banyak memberi pengaruh yang positif kepada Aurel terutamanya soal karier seninya dalam industri hiburan.



Aurel tidak kisah kahwin dengan Atta di usia muda.

"Macam mana saya nak melarang anak saya bercinta dengan Atta? Macam mana? Tak boleh? Ya, terpulang kepada Aurel. Tapi selama ni Atta banyak beri sokong kepada dia," kata Anang.

Baru-baru ini, sambutan ulang tahun ke-22 Aurel diraikan cukup istimewa oleh kekasihnya yang juga YouTube terkenal Indonesia itu.

Sebelum ini, Aurel pernah memberi bayangan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Atta dalam masa terdekat.

Aurel merupakan anak sulung Anang bersama penyanyi Krisdayanti.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain