SELEPAS dua bulan Sushant Singh Rajput ditemui mati, aktor Bollywood Akshay Kumar memberitahu, Mahkamah Tinggi India memerintahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) untuk menjalankan siasatan terhadap kes kematian pelakon itu. Menerusi laman Twitter, Akshay berharap pihak berkuasa dapat menemui punca sebenar kematian mendiang rakan selebritinya. ARTIKEL BERKAITAN: Filem terakhir Sushant Singh Rajput peroleh 95 juta penonton dalam tempoh 24 jam ditayang "Mahkamah Tinggi mengarahkan CBI melakukan siasatan ke atas kematian Sushant Singh Rajput. Semoga kebenaran terbukti," kata Akshay. Sushant ditemui mati di kediamannya pada 14 Jun lalu akibat bunuh diri di Carter Road, Mumbai. Ciapan (tweet) Akshay yang dikongsikan pada Rabu. Sebelum ini, sebuah syarikat penjejakan menunjukkan bahawa filem terakhir lakonan Sushant yang berjudul Dil Bechara merekodkan 95 juta penonton dalam masa 24 jam pertama tayangannya yang bermula 24 Jun lalu. Menerusi sebuah laporan yang disiarkan pada 30 Julai lalu, wakil syarikat Ormax Media berkata rekod tersebut setanding dengan angka penonton dari siri HBO Game of Thrones yang sangat popular. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!