suria

Jei (FIESTAR) cerita soal kahwin, bakal diri rumah tangga 9 Oktober

Jei akan melakukan yang terbaik dalam bidang seni biarpun selepas berkahwin.

ANGGOTA kumpulan FIESTAR iaitu Jei berkongsi berita gembira bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada 9 Oktober depan.

Memetik laporan Soompi, Jei memberitahu dia kini sedang dalam proses melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti.

"Saya akan berkahwin dengan seseorang yang saya mahu habiskan kehidupan saya dengan dia.

"Kami bakal adakan majlis secara bersederhana yang akan dihadiri kedua-dua belah keluarga dan rakan terdekat sahaja.

"Saya mengambil masa untuk berfikir bagaimana untuk berkongsi berita gembira ini dengan anda semua dan mungkin ia satu kejutan," katanya.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, Jei berkata dia akan meneruskan karier dalam bidang seni sunggupun selepas bergelar isteri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jei, FIESTAR, artis kahwin, Kpop

Artikel Lain