suria

Cole Sprouse tak menyesal jatuh cinta dengan Lili Reinhart - “Saya rasa sangat bertuah”

Cole Sprouse hargai peluang bercinta dengan bekas teman wanitanya, Lili Reinhart.

PELAKON terkenal antarabangsa Cole Sprouse akhirnya tampil bersuara berkenaan hubungan cintanya bersama aktres Lili Reinhart yang berakhir sejak Mac lalu.

Menurut Cole, 28, menjalinkan hubungan dengan Lili merupakan pengalaman bermakna buatnya dan menyifatkan dia sebagai seorang yang bertuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan dua tahun Cole Sprouse dan Lili Reinhart berakhir

"Ia pengalaman yang sangat bermakna buat saya. Saya rasa sangat bertuah dan akan sentiasa menghargai perasaan di mana saya berpeluang untuk jatuh cinta.

"Saya tak berharap apa-apa tapi saya ingin dia sentiasa bahagia pada masa akan datang. Itu saja yang saya boleh katakan, apa sahaja yang anda dengar selain daripada ini tidak penting," tulis Cole.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, pelakon siri Netflix Riverdale itu turut mendedahkan dia dan Lili berpisah buat sementara waktu pada Januari sebelum memutuskan hubungan secara rasmi pada Mac.

Spekulasi hubungan Lili dan Cole bermula sejak Julai 2017 ketika mereka dilihat bersama di sebuah acara Comic-Con 2017 dan akhirnya mengaku bercinta pada 2018.

Sumber: Hollywoodlife



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain