suria

Atta Halilintar akui gimik penting supaya 'content' video dapat perhatian - “Tunjuk realiti kehidupan kita pun orang suka!”

Atta berpendapat gimik atau lakonan terancang dalam video mampu menarik penonton.

YOUTUBER terkenal Atta Halilintar berpendapat setiap kandungan video atau content yang dihasilkan perlu diselitkan dengan unsur gimik bagi menarik perhatian penonton.

Menerusi laporan DetikHot, Atta berkata gimik yang dicipta itu mampu melengkapkan lagi perjalanan cerita dalam sesebuah video.

"Bagi saya gimik itu adalah perasa dalam sesebuah content video... tapi tak perlulah selalu gimik.

"Kadang-kadang realiti kehidupan yang kita kongsi pun akan disukai ramai orang ramai. Ya! Apa ada pada diri kita buat orang terhibur, ketawa, senyum dan suka," katanya.

Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi Aurel Hermansyah ini mengakui kagum dengan idea segelintir YouTuber yang mampu menghasilkan video menarik meskipun ia hanyalah rekaan semata-mata.

"Kalau ada yang rancang atau berlakon dalam video yang dihasilkan... itu saya tak tahu, tak berani nak cakap tentang mereka.

"Tapi yang pasti kalau kita ada kerjasama dengan sesuatu produk, pasti produk itu tak mahu video yang terlalu seperti iklankan?" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain