suria

Angelina Jolie dedah anak-anak tak benar sentuh telefon bimbit mereka

Angelina Jolie berkata anak-anaknya sangat menjaga privasi dan melarang dia menyentuh telefon bimbit.

PELAKON Angelina Jolie mendedahkan anak-anaknya terlalu menjaga privasi sehinggakan dia tidak boleh menyentuh telefon bimbit mereka.

Menurut laporan Celebrity Insider, Angelina semasa temubual dalam program Kid Of The Year anjuran majalah Time memberitahu anak-anaknya tidak selesa jika dia melihat telefon bimbit mereka.

Lebih-lebih lagi apabila dia meminta mereka memuat naik aplikasi Kindly yang berguna untuk kanak-kanak dan remaja.

"Anak-anak saya akan cakap jangan sentuh telefon bimbit mereka, biar mereka buat (muat naik) sendiri," katanya.

Mendengar perkongsiaan Angelina itu, remaja 15 tahun yang mencipta aplikasi tersebut iaitu Gitanjali Rao memberitahu aplikasi baharu itu selamat digunakan dan tidak menceroboh privasi anak-anak.

Ujarnya, aplikasi itu bukanlah untuk mengawal anak-anak, sebaliknya membantu menguruskan aktiviti harian mereka.

"Tujuan mereka kena muat naik aplikasi itu bukan untuk menghukum kerana sebagai remaja saya tahu mereka cenderung untuk memberontak.

"Sebaliknya ia memberi mereka kesempatan untuk memikirkan kembali apa mereka katakan dan tahu apa perlu dilakukan selepas ini," jelas Gitanjali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain