TINDAKAN penyanyi Cita Citata menulis ucapan selamat malam kepada bakal jodohnya di laman Instagram mengundang pelbagai komen daripada netizen. Cita menerusi kapsyen memberitahu bakal suaminya itu kini masih lagi menjadi milik orang. "Mahu ucapkan selamat malam, selamat tidur buat kamu semua dan jodohku yang masih dipinjam orang," tulisnya. Gara-gara kapsyen yang ditulis itu, ada netizen membuat spekulasi Cita mahu kembali semula kepada bekas kekasihnya iaitu Roy Geurts. "Ish masih berharap ya? Memang dulu dah jadi apa? Kasihan sangat kamu ni Cita Citata. "Ketawa baca ini... sudah berpunya masih dibahas ya! Jodoh kak Cita sudah bercinta sama orang lain masih lagi berharap. "Tak perlu berharaplah, cari sahaja yang baharu!" tulis netizen. Bagaimanapun, ada juga peminat menganggap penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini hanya bergurau dan tidak perlu mengambil serius mengenai kapsyen yang ditulis. Pada awal Julai lalu, Cita Citata mendedahkan hubungan cinta dengan kekasih berasal dari Belanda itu putus di tengah jalan selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. Pasangan itu juga sepatutnya melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan itu atas sebab tertentu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!