suria

Dua bulan cuti bersalin anak pertama, Gigi Hadid sudah kembali bekerja

Gigi Hadid akui gelaran sebagai seorang ibu juga merupakan satu kerjaya.

MODEL terkenal, Gigi Hadid kembali bekerja selepas dua bulan berehat kerana melahirkan anak pertama pada September lalu.

Gigi bagaimanapun mengakui perubahan status sebagai seorang ibu dan isteri juga merupakan salah satu pekerjaan yang lebih mencabar.

"Bakal kembali bekerja, namun menjadi seorang ibu tidak sama seperti pekerjaan lain," tulisnya menerusi Instastory pada Jumaat lalu.

Model berketurunan Amerika-Palestin dan pasangan Zayn Malik menimang cahaya mata pertama pada 24 September lalu.

Sementara itu, Gigi berkata kehadiran anak sulung itu membuatkan hubungannya dengan Zayn lebih bahagia sehingga mengubah perjalanan hidup mereka.

"Kehadiran anak perempuan kami ini secara langsung mengubah dunia kami... semuanya dipenuhi dengan rasa cinta.

"Bersyukur dikurniakan zuriat. Bersyukur dapat mengenali Zayn dan berterima kasih atas kehidupan yang kami berdua miliki ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain