suria

Chungha disahkan positif Covid-19, memohon maaf kepada peminat sebab tidak berhati-hati

Chungha tampil memohon maaf kepada peminatnya.

PENYANYI Chungha membuat permohonan maaf kepada peminatnya selepas disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Chungha memuat naik kenyataan tersebut melalui kelab peminatnya yang digelar sebagai Byulharang dan berharap mereka tidak bimbang dengan keadaannya.

Menurut Chungha, dia akan berehat buat sementara waktu daripada aktiviti seni dan turut menasihati agar peminatnya sentiasa menjaga diri.

"Saya berkongsi perkara ini sebab tak nak anda semua berasa risau jika saya tidak bercakap apa-apa. Saya minta maaf dan maaf sekali lagi.

"Saya sudah cuba untuk berhati-hati tapi nampaknya ia tidak cukup. Saya baharu saja dimaklumkan hari ini. Saya akan kembali lagi dalam keadaan yang baik.

"Harap semua peminat juga akan berhati-hati dan jangan risau nanti kita akan bertemu tidak lama lagi. Sekali lagi, saya minta maaf," katanya.

Sumber - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain