PERKONGSIAN foto Prilly Latuconsina bersama pelakon Reza Rahadian menayang cincin pernikahan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen menganggap Prilly sengaja mengambil keputusan berkongsi foto yang diambil ketika di lokasi penggambaran filem My Lecture My Husband sekitar Julai lalu. Bagaimanapun, Prilly menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia memuat naik foto tersebut untuk menaikkan populariti di laman sosial miliknya. "Sejujurnya, saya bukan orang yang nak mencari bahan di laman sosial. Tapi ramai orang suka dan ia di luar kawalan anda semua," katanya. Segelintir netizen juga pada mulanya mempercayai Prilly dan Reza sememangnya sudah bernikah, malah kedua-dua keluarga pelakon itu juga terkejut dengan gosip tersebut. Sumber - Liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!