PENYANYI Rita Ora mengakui dia terlupa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan personaliti TV iaitu Rob Kardashian. Menurut Rita, ketika itu usianya masih muda dan hubungan mereka juga terlalu singkat menyebabkan ia bukan sesuatu yang perlu diingati. Bagaimanapun penyanyi lagu Let You Love Me itu menganggap percintaan mereka satu pengalaman yang sangat seronok. "Oh, saya lupa tentang itu (hubungan dengan Rob). Hubungan kami sangat sekejap. Ketika itu, saya sangat muda tapi ia satu pengalaman yang seronok. "Saya rasa, bersama dengan dia sangat seronok. Itu saja yang saya ingat," kata Rita. Difahamkan Rita menjalinkan hubungan dengan salah seorang adik-beradik Kardashian itu sekitar 2012. Sumber - Hollywoodlife