suria

Disahkan negatif Covid-19, Sana Twice tetap ambil langkah berjaga-jaga kuarantin diri

Sana negatif Covid-19 tapi ambil langkah kuarantin kendiri.

Pihak pengurusan kumpulan Twice, JYP Entertainment mengesahkan kesemua ahli kumpulan tersebut dan staf pengurusan mereka negatif Covid-19.

Walau bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan Twice, Sana mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari sehingga 18 Disember ini selepas dia merupakan kontak rapat dengan penyanyi Chungha yang telah disahkan positif dijangkiti virus tersebut.

Sana akan direhatkan daripada sebarang aktiviti seni manakala ahli kumpulannya yang lain akan tetap meneruskan segala promosi seni yang melibatkan kumpulan Twice.

Chungha menerusi syarikat pengurusannya, MNH Entertainment sebelum ini mendedahkan dirinya dijangkiti virus itu selepas kontak rapatnya positif Covid-19.

Penyanyi itu kemudiannya secara sukarela melakukan ujian saringan yang mana turut melibatkan kesemua artis di bawah naungan syarikat yang sama.

"Saya sudah cuba untuk berhati-hati tapi nampaknya ia masih tidak mencukupi. Saya akan kembali dalam keadaan baik selepas ini.

"Harap semua peminat juga akan berhati-hati dan jangan risau nanti kita akan bertemu tidak lama lagi," katanya.

Sumber: Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sana, Twice, Covid-19

Artikel Lain