suria

Tak sempat beraksi di pentas Indonesia Idol 2021, peserta Top 35 Melisha Sidabutar meninggal dunia

Melisha meninggal dunia ketika di usianya 19 tahun.

BELUM sempat nak beraksi di pentas Indonesian Idol 2021, salah seorang peserta daripada Top 35 program tersebut iaitu Melisha Sidabutar dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Memetik laporan Tribunnews, berita sedih tersebut disampaikan oleh rakan mendiang bernama Ellysia Belinda menerusi laman Instastory miliknya.

Gadis berusia 19 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung bengkak.

Menerusi Instagram program realiti itu pada Rabu turut mengesahkan kehilangan seorang penyanyi berbakat yang disifatkan seorang berjiwa mulia.

"Beautiful soul never forgotten. Keluarga besar Indonesian Idol turut berduka cita atas pemergian Melisha Sidabutar, peserta Top 35 #IdolSpecialSeason. Bersemadilah dengan tenang," tulis di perkongsian itu.



Rossa turut berduka dengan pemergiaan Melisha.

Difahamkan, Melisha mengalami sesak nafas sejak Ahad namun menolak untuk dibawa ke hospital kerana bimbang dengan penularan Covid-19.

Bagaimanapun ibu bapa Melisha tetap membawanya ke hospital selepas keadaan mendiang yang semakin lemah.

Selebriti Indonesia terkenal iaitu Rossa turut meluahkan rasa sedih dengan pemergiaan Melisha dengan memuat naik foto peserta itu di Instagram miliknya.

Penyertaan Melisha dalam program bakat nyanyian terbesar di Indonesia itu menjadi perbualan ramai disebabkan dia antara peserta yang cukup memberi saingan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain