suria

Atta Halilintar sokong keputusan Aurel Hermansyah berehat daripada laman sosial demi kesihatan mental

Atta menganggap keputusan Aurel untuk berehat itu pilihan yang terbaik.

KEPUTUSAN anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel Hermansyah untuk berehat daripada laman sosial mendapat sokongan tunangnya yang juga YouTuber, Atta Halilintar.

Memetik laporan Liputan6, Atta memberitahu Aurel tidak mahu kehidupan diatur oleh netizen dan keputusan itu mungkin jalan yang terbaik untuk kesihatan mentalnya.

"Tak apa la, untuk kesihatan mentalnya juga kan. Apa saja keputusan dia tidak mahu disusun oleh netizen, jadi mungkin itu pilihan terbaik.

"Yang penting, sentiasa bersyukur dan doakan yang baik-baik," kata Atta.

Sebelum ini, Aurel secara tiba-tiba membuat keputusan untuk berehat buat sementara waktu daripada laman sosial demi memberi perhatian terhadap kesihatan mental dan dirinya.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Instagram milik Aurel yang mempunyai lebih 18 juta pengikut pada Isnin lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain