suria

Sebulan berkahwin, Nathalie Holscher dikatakan sudah hamil selepas mengidam nasi itik

Nathalie dan Sule berkahwin pada November lalu.

PERSONALITI media sosial yang juga merupakan bekas disc jockey (DJ) Nathalie Holscher dikhabarkan kini sudah berbadan dua.

Ia berikutan selepas video Nathalie memberitahu dia mengidam makan nasi itik menerusi vlog di YouTube menjadi perhatian baru-baru ini.

Bagaimanapun, suaminya iaitu pelawak Sule masih belum dapat mengesahkan Nathalie sudah hamil anak pertamanya atau belum.

"Masih belum sempat untuk membuat pemeriksaan. Mungkin baru beberapa minggu... tunggulah sebulan," kata Sule.

Nathalie mendirikan rumah tangga dengan Sule pada 15 November lalu di Bekasi, Jawa Barat dengan konsep perkahwinan dalam taman.

Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna sudah tiga tahun menduda selepas bercerai dengan bekas isteri, Allahyarham Lina Jubaedah pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai empat anak dan seorang daripada mereka, Rizky Febian kini dikenali dalam bidang nyanyian.

Sumber - Liputan6



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain