PENYANYI Rain memperkenalkan kumpulan K-pop baharu, Ciipher yang bernaung di bawah syarikat pengurusan miliknya, R.A.I.N Company.
Menerusi laman Instagramnya, Rain memuat naik gambar ketujuh-tujuh ahli kumpulan Ciipher.
Kumpulan itu akan secara rasminya akan diperkenalkan dengan lebih mendalam menerusi episod terbaharu video di saluran Youtube Rain, Season B Season.
Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji-hoon, 38, memulakan karier seninya sejak 17 tahun lalu. Namanya mula melonjak populariti sejak membintangi drama bersiri Full House yang ditayangkan pada tahun 2004.
Rain mula berkecimpung dalam bidang seni sejak tahun 2003.
Sepanjang kerjayanya, Rain telah menghasilkan sebanyak tujuh buah album termasuk satu album penuh berbahasa Jepun.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!