suria

Jefri Nichol belum fikir fasal cinta, mahu fokus karier lakonan - “Saya baru 21 tahun... nanti-nantilah!”

Jefri Nichol mahu fokus karier lakonan. Foto: daman.co.id

SERING digosipkan dengan ramai wanita, pelakon Jefri Nichol berkata dia enggan terlalu memikirkan mengenai cinta dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

Menurut laporan KapanLagi, Jefri memberitahu menjalinkan hubungan cinta dan memiliki kekasih bukanlah keutamaan buat masa ini memandangkan usianya yang masih muda.

"Kalau nak bercinta itu rasanya bila-bila pun boleh sebab saya masih 21 tahun, jadi belum fokus ke arah sana lagi.

"Iyalah pasangan itu nanti-nantilah! Sekarang saya mahu tumpukan karier terlebih dahulu. Itu menjadi keutamaan saya buat masa ini.

"Cuma dalam keadaan sekarang ini aktiviti seni juga agak terhad... sama seperti orang lain kita mengharapkan pandemik Covid-19 cepat berakhir.

"Semoga vaksin cepat dihasilkan dan kita semua dapat kembali kepada kegiatan normal dan dapat berlakon filem seperti biasa," katanya.

Sebelum ini nama pelakon filem Dear Nathan ini menjadi perbualan hangat netizen apabila tersebarnya video pelakon Angga Yunanda dan Shenina Cinnamon sedang menghabiskan waktu bersama.

Terdahulu Jefri dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Shenina, namun ia berakhir di tengah jalan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jefri Nichol, Indonesia

Artikel Lain