suria

Bau mulut terlalu busuk buat Nikita Mirzani 'turn off', punca tinggalkan kekasih!

Nikita Mirzani tinggalkan kekasih kerana bau mulut.

GARA-GARA mulut kekasih berbau busuk, pelakon Indonesia Nikita Mirzani nekad memutuskan hubungan cinta mereka yang baru mula berputik.

Menerusi laporan Detik Hot, Nikita berkata bau kurang menyenangkan itu menyebabkan dia menjauhkan diri dan enggan meneruskan hubungan tersebut.

"Saya pernah jumpa ya... ini kisah beberapa tahun lalu.

"Bau mulut dia buat saya terganggu, ” katanya menerusi saluran YouTube Crazy Nikmir Real pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nikita mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman serupa dengan seorang pengarah.

Perkara itu membuatkan dia terpaksa mencari jalan mengajak pengarah berkenaan bertemu doktor gigi bagi merawat masalah bau mulut tersebut.

"Dua tahun lalu saya pernah jadi benda sama dengan seorang pengarah. Bau busuk sangat sampai saya terpaksa ajak dia pergi jumpa gigi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain