SELEPAS meraih pelbagai kejayaan dalam dunia hiburan, pelakon terkenal John Travolta berkata keutamaannya kini beralih kepada masa depan anak-anak. Semasa temubual dalam program Mola TV Live baru-baru ini, Travolta berkata dia lebih berbangga jika dua anaknya turut berjaya dalam kehidupan masing-masing. “Saya mempunyai dua anak, sekarang ini saya lebih tertarik untuk melihat masa depan mereka. “Kejayaan mereka sangat penting untuk saya. Apa pun yang dilakukan, saya sentiasa memikirkan mengenai masa depan mereka. "Mungkin dahulu saya lebih sibuk tapi mereka adalah keutamaan,” katanya. Dalam pada itu, aktor berusia 66 tahun ini berkata dia sentiasa menyokong perjalanan hidup yang akan dipilih oleh anak-anak kelak. “Sentiasa sokong apa yang mereka ingin lakukan, kita kena dengar dan terima apa jua keputusan masa depan mereka,” katanya. Perkahwinan Travolta dengan mendiang Kelly Preston dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ella Bleu, Jett dan Benjamin. Bagaimanapun anak kedua, Jett meninggal dunia pada tahun 2009. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!