suria

Ari Lasso kongsi gejala menakutkan sepanjang tempoh positif Covid-19... susah bernafas demam panas 14 hari

Ari Lasso berdepan simptom menakutkan selama 14 hari selepas dijangkiti Covid-19.

DISAHKAN positif Covid-19 pada hujung tahun lalu, penyanyi Ari Lasso berkongsi pengalaman dan simptom yang dialaminya sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi laporan DetikHealth, Ari berkata secara tiba-tiba dia diserang demam panas selama tiga hari dan diminta melakukan ujian calitan atau swab test di hospital.

"Pukul 4 pagi rasa tak sedap badan padahal pada waktu siangnya saya sempat buat rakaman dengan mengikut segala protokol kesihatan.

"Tengah malam itu masih okay lagi seperti biasa suhu badan dalam 36.8 hingga 36.9 darjah celsius, esoknya bangun pagi saya terkejut suhu naik di atas 37 darjah celsius.

"Tak ada sakit yang lain, cuma suhu tinggi dan demam tak berkesudahan dan sakit-sakit badan,” katanya dalam rakaman YouTube Ari Lasso TV.

Selepas disahkan positif, Ari berkata dia menjalani kuarantin kendiri, namun demam masih berlanjutan sehingga hari ke-14.

Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas mengalami kesukaran bernafas.

"Saya masuk hospital dan doktor masukkan air dalam badan, malam itu dah tak demam lagi... enam hari kemudian saya sudah boleh pulang.

"Ujian pada paru-paru dan darah juga menunjukkan semuanya sihat," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



mStar kini di TikTok!

@mstarmalaysia

Berani betul akak ni naik motor tak pakai helmet. Kan bahaya tuu... ‍‍ ##mstar ##mstartiktok ##tiktokmalaysia ##fyp

Artikel Lain