suria

Priyanka Chopra dedah pernah disuruh buat pembedahan plastik besarkan payudara

Priyanka membuat pendedahan tersebut menerusi buku biografi, Unfinished: A Memoir.

PELAKON Priyanka Chopra, 39, mendedahkan dia pernah disuruh untuk melakukan pembedahan plastik membesarkan payudara oleh seorang pengarah ketika di zaman awal kemunculannya dalam bidang seni.

Priyanka mula terjun dalam bidang lakonan selepas dinobatkan sebagai pemenang Miss World pada tahun 2000.

ARTIKEL BERKAITAN: Priyanka Chopra imbau saat suami melamar selepas dua bulan bercinta - “Saya tidak mahu hubungan yang romantik tapi ada sesuatu mengenai Nick”

Isteri kepada penyanyi Nick Jonas itu membuat pendedahan tersebut menerusi buku biografinya, Unfinished: A Memoir yang dilancarkan pada Selasa.

"Selepas beberapa minit kami berbual kosong, tiba-tiba dia (pengarah) meminta saya untuk berdiri dan cuba berpusing di hadapannya.

"Lama dia pandang dan meneliti tubuh badan saya sebelum dia kata yang saya perlu melakukan pembedahan plastik pada bahagian payudara, punggung dan rahang (jawline).

"Dia kata jika saya nak jadi pelakon saya perlu ubah dulu semua bahagian tersebut malah turut mencadangkan nama doktor pakar pembedahan plastik di Los Angeles," katanya.

Priyanka bagaimanapun bersyukur dia tidak terpengaruh dengan cadangan tersebut dan sehingga kini berbangga dengan keaslian yang ada pada tubuh badannya.

"Nasib baik saya tidak mendengar kata-kata pengarah terbabit yang turut dipersetujui oleh bekas pengurus saya pada ketika itu.

"Pembedahan plastik sudah menjadi satu perkara yang biasa dalam bidang hiburan sampaikan tiada siapa yang berani untuk bersuara mengenai isu ini," ujarnya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain