PELAKON Bollywood Siddhant Chaturved mengesahkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya. Siddhant menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia kini dalam keadaan baik dan mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti semua protokol seperti yang dinasihatkan oleh doktor. "Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Sudah disahkan bahawa saya positif Covid-19. Saya berasa sihat buat masa kini dan jalani kuarantin kendiri di rumah. "Saya sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti yang diperlukan dan mengikuti semua protokol yang dinasihatkan oleh doktor. Sentiasa berfikir positif untuk atasi perkara ini," kata Siddhant. Difahamkan pelakon berusia 28 tahun ini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Phone Bhoot bersama pelakon Ishaan Khatter dan Katrina Kaif. Terdahulu, pelakon Tara Sutaria juga disahkan positif Covid-19 selain Ranbir Kapoor, Manoj Bajpayee, Ashish Vidyarhti dan pengarah Sanjay Leela Bhansali. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!