PENYANYI Jennifer Lopez menafikan dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan tunang, Alex Rodriguez sudah berakhir. Jennifer, 52, dan tunangnya tampil menerusi kenyataan rasmi mengatakan semua laporan media mengenai perkara itu adalah tidak benar sama sekali.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 2 tahun, Jennifer Lopez, Alex Rodriguez putus tunang "Semua laporan itu adalah tidak betul. Kami masih lagi bersama dan sedang memperbaiki hubungan," kata penyanyi tersebut. Hubungan mereka yang dikatakan dingin sebelum ini juga dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kemunculan mana-mana pihak ketiga. Kebanyakan media antarabangsa melaporkan pasangan ini telah membatalkan pertunangan mereka pada Sabtu memetik sumber terdekat dengan pasangan tersebut. Penyanyi On The Floor itu bertunang dengan Alex, 46, yang merupakan bekas pemain baseball profesional pada Mac 2019 di Bahamas selepas dua tahun bercinta. Jennifer sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mereka mempunyai sepasang kembar, Max dan Emme yang kini berusia 13 tahun. - USWeekly