suria

Single solo Rose Blackpink juarai carta iTunes di 51 buah negara

Rose bakal buat persembahan sulung lagu On The Ground di saluran TV Korea Selatan, SBS hari ini.

SINGLE solo anggota kumpulan Blackpink, Rose yang berjudul On The Ground mencatatkan kejayaan luar biasa apabila mendominasi carta lagu iTunes di 51 buah negara sebaik ia dilancarkan pada Jumaat lalu.

Agensi pengurusan Rose, YG Entertainment berkata lagu itu menjuarai carta di negara luar seperti Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Mexico, Chile, Sepanyol, Perancis dan Turki.

Selain itu, muzik video lagu tersebut turut menjadi trending di kedudukan nombor satu di laman Youtube Malaysia sejak ia mula dimuat naik pada Jumaat.

Rose atau nama sebenarnya, Roseanne Park, 24, akan membuat persembahan sulung menyanyikan lagu On The Ground menerusi program TV SBS, Inkigayo yang disiarkan pada hari ini.

Manakala pada Selasa ini, dia bakal muncul dalam program TV terbitan produksi Amerika, NBC iaitu The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Selain Rose, seorang lagi anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie pernah tampil dengan single sendiri berjudul Solo yang diterbitkan pada November 2018.

Selain Rose dan Jennie, kumpulan wanita popular Kpop itu turut dianggotai oleh Lisa dan Jisoo. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain