suria

Baim Wong bakal timang anak kedua, isteri gementar sampai lakukan tiga kali ujian kehamilan - "Terima kasih ya buat doa-doa kalian... Kiano mahu jadi abang"

Paula mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.

ISTERI kepada selebriti terkenal Baim Wong iaitu Paula Verhoeven mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Biarpun ia bukanlah pengalaman pertamanya, namun Paula yang juga seorang model mengakui berasa gementar sehingga melakukan sebanyak tiga kali ujian kehamilan bagi memastikan keputusan yang betul.

ARTIKEL BERKAITA: Baru tiga bulan dapat anak pertama, Baim Wong dah minta isteri hamil anak kedua

Model berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa teruja anak sulungnya iaitu Kiano Tiger Wong bakal menjadi seorang abang tidak lama lagi dan berterima kasih atas doa yang diterima.



Paula kongsi berita gembira itu di Instagram.

"MasyaAllah tabarakallah. Yes, positif hamil. Ini bukan pengalaman pertama, tapi saya masih gementar ketika ingin mencuba ujian kehamilan. Saya lakukan sebanyak tiga kali ujian untuk pastikan keputusannya.

"Terima kasih ya buat doa-doa kalian. @kianotigerwong mahu jadi abang. Mohon doanya semua supaya saya dan bakal adik Kiano sihat selalu. Amin," kata Paula.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Paula menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto dia memegang kit ujian kehamilan yang menandakan keputusan positif.

Alhamdulillah, rasa sangat bahagia yang luar biasa!

PAULA VERHOEVEN

MODEL

Rata-rata netizen dan juga rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu serta mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, Paula memberitahu dia mula menjalani kehidupan yang sihat serta sentiasa mendapatkan rehat yang secukupnya sebaik sahaja memutuskan untuk mempunyai anak kedua.

"Ketika kami memutuskan untuk mempunyai anak kedua, saya memang fokus menjalani kehidupan harian yang sihat, rehat yang cukup dan sentiasa mengikuti rutin ujian kesuburan.



Baim dan Paula mempunyai seorang anak lelaki.

"Sampailah akhirnya, saya mengalami kelewatan kedatangan haid. Alhamdulillah, rasa sangat bahagia yang luar biasa! Semoga bahagia ini juga dapat dirasakan oleh anda semua juga," ujarnya.

Sebelum ini, Baim pernah meluahkan hasrat mahu menimang cahaya mata kedua selepas baharu tiga bulan isterinya melahirkan anak sulung mereka.

Paula mendirikan rumah tangga dengan Baim pada 22 November 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain