ANGGOTA kumpulan A.C.E iaitu Chan dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan aktiviti lasak selama dua minggu selepas mengalami kecederaan buku lali. Menerusi kenyataan rasmi agensi pengurusannya, BEAT Interactive berkata kecederaan itu berlaku ketika Chan melakukan sesi latihan pada 28 Februari lalu dan dibawa ke hospital untuk jalani rawatan. Pihak agensi turut memohon maaf atas berita mengejutkan itu dan akan bekerja keras untuk memastikan kesembuhan artis di bawah pengurusan mereka. "Ketika sesi latihan pada 28 Februari lalu, anggota A.C.E iaitu Chan mengalami kecederaan di bahagian buku lali kakinya. Dia terus dibawa ke hospital untuk jalani rawatan dan pemeriksaan. "Akibat daripada kecederaan itu, Chan dinasihatikan untuk elak melakukan akvititi lasak selama dua minggu. Dia kini sedang dalam proses rawatan sehingga keadaannya sembuh. "Kami mohon maaf kepada peminat atas berita mengejutkan ini. Kami akan bekerja keras untuk memberi keutamaan kepada kesembuhan artis kami," katanya. - Soompi Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!