DALAM diam-diam pelakon Hollywood Kristen Dunst sudah selamat melahirkan cahaya mata keduanya empat bulan lalu. Wanita 39 tahun ini mengumumkan berita gembira itu menerusi temubual bersama New York Times pada Jumaat. Kristen dikhabarkan melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama James Robert. Dia akui kehadiran anak kedua ini membuatkan dirinya semakin sibuk tambahan pula anak sulung kini sudah berusia tiga tahun. "Saya terlalu penat, tidak dapat tidur lena selama empat bulan, mata pun jadi berkedut," ujarnya lagi. Kristen berkahwin dengan suaminya Jesse Plemons pada tahun 2017. Mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Ennis Howard Plemons, 3, dan James Robert, 4 bulan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI