suria

Jefri Nichol tak mahu hidup ikut kehendak peminat, lebih selesa jadi diri sendiri

Jefri tak mahu terbeban dengan pandangan peminat.

MERASA terbeban dengan pandangan dan harapan peminat, pelakon Jefri Nichol memberitahu tidak mahu dirinya dijadikan seperti boneka.

Menurut Jefri, cukuplah peminat sekadar memujanya dari sudut lakonan yang ditampilkan dan bukan tentang kisah peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama kekasih, Jefri Nichol buat peminat patah hati

“Saya lebih senang menjadi diri sendiri tanpa ada sebarang paksaan.

“Jika hanya mengikut kata orang saya rasakan diri ini seperti boneka. Itu bukan diri saya yang sebenar.

“Saya penat dengan hidup yang hanya mahu memenuhi pandangan orang lain. Ia menjadi satu beban buat saya.

“Peminat hanya suka saya menerusi watak dalam lakonan, selebihnya di belakang kamera adalah urusan saya sendiri,” ujar Jefri seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Kata pelakon filem Dear Nathan ini juga, dia punya alasan tersendiri atas setiap tindakan yang dilakukan.

“Dalam hidup ini tidak hanya ada hitam dan putih.

“Jika saya berubah menjadi seseorang yang tidak memenuhi kehendak semua, maka saya ada alasan sendiri atas setiap tindakan yang dilakukan.

“Saya sifatkan diri saya sebagai seorang yang progesif menuju ke arah yang lebih baik,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain