suria

Pelakon Thailand ‘The Stranded’, Beam meninggal dunia dalam tidur

Papangkorn 'Beam' Lerkchaleampote sah meninggal dunia pada petang Rabu.

SELEPAS Tangmo Nida, kini dunia hiburan Thailand dikejutkan lagi dengan kematian aktor terkenal Papangkorn 'Beam' Lerkchaleampote.

Memetik laporan Bangkok Post, aktor berusia 25 tahun itu ditemui meninggal dunia di atas katil di kediamannya yang terletak di Bangkok pada petang Rabu.

Menurut ibu kepada aktor tersebut, dia mencuba untuk bangunkan Papangkorn 'Beam' dari tidur namun terkejut apabila menyedari anaknya tidak lagi bernyawa.

Bintang siri The Stranded kemudian dikejarkan ke hospital namun usaha untuk menyelamatkannya gagal.

Jurucakap agensi yang menguruskan pelakon itu turut mengesahkan berita itu namun tidak mendedahkan punca kematian.

Untuk rekod, mendiang banyak membintangi drama bersiri yang ditayangkan di Netflix antaranya Nong Mai Rai Borisut, Rueng Lap Lang, Mister Merman, Sleepless Society: Bedtime Wishes, Bang Rachan dan Blue Wave.

Selain itu, dia juga pernah berlakon dalam siri televisyen Project S: SPIKE pada tahun 2017 dan Blacklist pada 2018.

Kali terakhir kemunculannya adalah sebagai pelakon dalam drama bersiri The Stranded yang ditayangkan pada tahun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain