suria

13 tahun jadi artis tak kaya-kaya, Nikita Mirzani pelik usahawan Juragan99 jadi jutawan tiba-tiba... Siap ada jet peribadi

Nikita (kiri) mempersoalkan kekayaan milik Gilang

PELAKON Nikita Mirzani secara terbuka menyindir usahawan bernama Gilang Widya Permana atau Juragan 99 yang dikatakan berbohong soal kemewahan miliknya.

Nikita berkongsi beberapa status di media sosial yang mempersoalkan kesahihan pemilikan harta Gilang yang turut dikenali sebagai Crazy Rich Malang.

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma pernah ditipu! Nikita Mirzani nak kahwin dengan lelaki betul-betul kaya sahaja

"Di Youtube Fitra Eri kamu yakin mengaku jet peribadi itu milik kamu.

"Apakah benar kami Crazy Rich Malang kerana setahu saya orang kaya tidak gila tetapi pintar.

"Mohon penjelasan. Jika orang lain tidak perlu penjelasan, itu urusan mereka," tulisnya.

Selain jet peribadi tersebut, Nikita turut bertanyakan tentang sebuah bangunan yang dihadiahkan Gilang kepada isterinya.

"Menara hadiah ulang tahun kelahiran isteri yang ke-29 itu pula bagaimana? Tolong jelaskan.

"Saya suka melihat orang yang menjadi kaya secara tiba-tiba.

"Penat jadi artis selama 13 tahun namun belum memiliki menara sendiri,"sindirnya.

Dalam masa sama, Nikita juga tidak bimbang jika kata-katanya itu boleh menjadi bahan dirinya didakwa ke pihak berkuasa.

"Terus minta bantuan pihak berkuasa buat serang saya. Untuk apa? Saya tidak takut,"katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain