suria

Ria Ricis akui keliru kira usia kandungan... Doktor beritahu hamil dikira dua minggu sebelum tarikh nikah

Ria Ricis teruja bakal menimang cahaya mata pertama.

SUDAH mencecah 20 minggu, YouTuber terkenal Ria Ricis mengakui dia pada mulanya keliru dengan pengiraan usia kandungannya.

Doktor memaklumkan kepada Ria bahawa usia kandungannya dikira lebih dua minggu dari tarikh perkahwinannya iaitu 12 November tahun lalu.

"Sekarang sudah 20 minggu, tapi saya keliru kirannya lebih dari tarikh nikah. Kenapa pelik ya. Kata doktor, 'ini sudah mencecah 20 minggu,'.

"La, bila dikira-kira lebih dua minggu dari tarikh pernikahan," kata Ria Ricis.

Bagaimanapun, kakak kepada Ria iaitu Sindy yang juga seorang doktor berkata kirannya berdasarkan Hari Pertama Darah Haid Terakhir atau HPHT.

"Waktu kesuburan, terus proses pembentukan telur. Setiap orang ada masanya yang berbeza-beza," kata kakaknya.

Dalam pada itu, Ria turut memberitahu dia memilih untuk tidak berkongsi mengenai awal kehamilannya kerana bimbang kandungan masih lemah.

Malah, Ria berkata dia mengalami muntah dan alahan mual berterusan ketika usia kandungan tiga hingga empat bulan pertama.

"Takut kandungan belum kuat. Waktu tiga atau empat bulan pertama pun alami muntah dan mual berterusan," kongsinya lagi.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain