suria

Gara-gara anjing peliharaan serang jiran hingga mati, Kim Min Kyo dihukum dua tahun di bawah pengawasan

Kim di bawah pengawasan pihak berkuasa untuk tempoh dua tahun.

GARA-GARA tidak mengawasi anjing peliharaan dengan betul, pelakon Kim Min Kyo dijatuhkan hukuman dua tahun di bawah pengawasan.

Menurut laporan AllKpop, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut kerana Kim gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemilik haiwan berkenaan sehingga menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun dituduh jadi pembunuh dalam ‘One Ordinary Day’

"Kim Min Kyo gagal memberi perhatian dalam hal menjaga haiwan peliharaan sehingga menyebabkan kematian.

"Tertuduh mengaku bersalah dan telah menyelesaikan masalah ini dengan keluarga mangsa.

"Hukuman yang dijatuhkan adalah untuk memastikan kejadian sama tidak berulang," jelas kenyataan hakim mahkamah seperti dipetik media tempatan.

Bagaimanapun Kim juga berdepan dengan hukuman penjara selama lapan bulan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh dua tahun tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku, anjing milik Kim dikatakan memasuki kawasan wanita itu yang merupakan jirannya.

Wanita usia 80-an itu dimasukkan ke hospital kerana cedera teruk di bahagian tangan dan kaki sebelum meninggal dunia dua bulan kemudian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain