suria

Teruja sambut Ramadan pertama sebagai suami, Miller Khan minta isteri belajar masak makanan Malaysia

Miller Khan dan Farina sambut Ramadan pertama sebagai suami isteri.

SAMBUTAN Ramadan tahun ini cukup bermakna buat pasangan selebriti Miller Khan dan Farina Rebecca.

Menurut laporan Grid.Id, Miller mengakui teruja kerana ini merupakan tahun pertama mereka meraikan bulan Ramadan sebagai suami isteri.

Kata Miller, dia meminta isterinya menyediakan hidangan dari Malaysia sebagai menu berbuka puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Miller Khan kini suami pereka fesyen, nikah secara tertutup di Bali

"Saya suruh dia belajar masakan Malaysia," katanya ketika ditemui media di Grand Indonesia, Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Dalam pada itu, Miller berkata dia terlalu merindui Malaysia kerana sudah lama tidak pulang kerana pandemik Covid-19.

Justeru itu, dia berharap dapat menikmati hidangan Malaysia hasil air tangan isteri tercinta.

Untuk rekod, Miller Khan berkahwin dengan pereka fesyen, Farina Rebecca di Badung, Bali pada 10 November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain