SELEPAS beberapa bulan menyepi, pelakon popular Korea, Kim Seon Ho kelihatan muncul di Thailand. Menerusi foto-foto yang tersebar, Kim Seon Ho memakai baju Tshirt berwarna putih tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada Khamis. Kim nampak tenang dengan gaya ringkas sambil menyandang beg berwarna hitam dan memakai topi lebar. #KimSeonHo #김선호 #キムソンホ pic.twitter.com/ZY1ETwQZ0y — ksh archive ◡̈ (@kseonhoarchives) March 31, 2022 Sementara wajahnya ditutup dengan pelitup muka, bagaimanapun peminat masih mengenali aktor itu. Peminat tak lepas peluang bergambar bersama Kim Seon Ho. Biarpun tidak tahu atas tujuan apa, namun ramai yang menjangka pelakon Hometown Cha Cha Cha itu kini sedang menyiapkan projek filem terbaharunya, Sad Tropic. Pada 2021, nama Kim Seon Ho menjadi hangat apabila seorang wanita mengaku bekas kekasihnya menuduh pelakon itu memaksa dia menggugurkan kandungan. Selepas Dispatch mendedahkan perkara sebenar, pandangan awam terhadapnya kembali positif. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI