suria

Priscilla Presley akui sukar jadi isteri Elvis Presley, tak baca surat khabar gara-gara sedih dituduh hamil sebelum kahwin

Priscilla berkahwin dengan Elvis ketika usianya 22 tahun.

BERKAHWIN dengan 'King of Rock' di usia yang muda bukan satu perjalanan yang mudah buat isteri kepada penyanyi Elvis Presley iaitu Priscilla Presley.

Memetik laporan Hollywoodlife, Priscilla mengakui dia melalui permulaan yang sukar disebabkan pelbagai spekulasi timbul selepas mereka berkahwin.

Dituduh hamil sebelum berkahwin, Priscilla berkata dia akhirnya memilih untuk tidak lagi membaca surat khabar dan majalah atas nasihat suaminya.

"Permulaan perkahwinan sangat sukar, tapi saya tahu apa yang saya akan lalui sebab saya lihatnya ketika di usia yang muda.

"Sejak itu, saya tidak lagi membaca surat khabar atau majalah di pasaraya. Memang sukar untuk diri diterima, tapi dia selalu beritahu saya 'jangan fokus, dengar dan lihat tabloid'.

"Saya dapati betapa jahatnya orang... ada khabar angin kata saya hamil, dan itulah sebabnya dia berkahwin dan saya berkata, 'Ya Tuhan, ini tidak baik untuk saya'," katanya.

Priscilla berkongsi perkara tersebut bagi promosikan dokumentari Elvis Biopic yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Untuk rekod, Priscilla bertemu Elvis dan mula bercinta ketika dia berusia 14 tahun manakala penyanyi terkenal itu 24 tahun.

Selepas lapan tahun bersama, Priscilla berkahwin dengan penyanyi lagu Can't Help Falling In Love itu pada 1967 namun bercerai pada 1973.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Lisa Marie Presley.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain