suria

Bakal berpuasa di Amerika Syarikat, Luna Maya pasang niat khatam al-Quran

Bakal merasai pengalaman baharu berpuasa di Amerika Syarikat

MENJALANI ibadah puasa di Amerika Syarikat, Luna Maya merasakan ia bakal memberi satu pengalaman baharu dan pastinya lebih sukar kerana tempoh waktu siang yang lebih panjang.

Bagaimanapun menurut Luna, kesibukan kerja akan membuatkan dia tidak terlalu memikirkan soal lapar atau dahaga.

"Ramadan tahun ini saya akan ke Amerika Syarikat. Jadual kerja saya masih berjalan seperti biasa walau berpuasa.

"Mungkin cabaran (berpuasa) di sana akan lebih berat tetapi puasa tidak bermakna kita harus hentikan segala aktiviti kerja.

"Saya tetap bersemangat untuk kerja. Puasa akan terasa lebih lama jika tidak melakukan sebarang aktiviti,"katanya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Sementara itu Ramadan tahun ini juga amat dinantikan kerana selepas dua tahun banyak aktiviti bulan puasa terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Luna juga berharap agar dia dapat melaksanakan impian untuk khatam al-Quran.

"Ramai yang menantikan Ramadan tahun ini kerana sudah dua tahun kita tidak boleh melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sepanjang berpuasa,"jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain