suria

Hubungan cinta Demi Moore dengan cef terkenal mula dihidu

Demi bercinta dengan Cef Daniel sejak beberapa bulan lalu.

DALAM diam, rupa-rupanya pelakon Demi Moore dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan cef terkenal iaitu Daniel Humm sejak beberapa bulan.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Demi dan Daniel tetap akan meluangkan masa bersama biarpun cef itu sibuk bekerja di restauran miliknya.

"Mereka sangat mesra. Walaupun Daniel sibuk bekerja di restaurannya Eleven Madison Park, tapi mereka tetap ada masa untuk makan malam romantik bersama," kata sumber.

Pasangan itu buat pertama kalinya dilihat bersama ketika berada di minggu fesyen Paris yang berlangsung baru-baru ini.

Kisah hubungan cinta Demi menjadi perhatian selepas pendedahan bekas suaminya iaitu Bruce Willis yang mengidap penyakit aphasia dimaklumkan secara umum.

Untuk rekod, Demi mendirikan rumah tangga dengan Bruce pada 1987 namun berpisah pada 2000 dan pasangan itu mempunyai tiga orang anak.

Sebelum itu, Demi pernah berkahwin dengan Freddy pada 1980 hingga 1985 dan perkahwinan ketiganya dengan Ashton Kutcher pada 2005 turut berakhir pada 2013.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain