suria

Selalu terkesan komen negatif netizen, ini nasihat Aishwarya Rai kepada suaminya, Abhishek Bachchan

Abhishek sentiasa ingat nasihat isterinya, Aishwarya Rai mengenai komen netizen.

PELAKON Bollywood Abhishek Bachchan mendedahkan dia menerima nasihat dan tip daripada isterinya iaitu aktres Aishwarya Rai tentang cara berdepan dengan komen negatif.

Menurut Abhishek, isterinya sentiasa berpesan agar mengabaikan saja komen negatif supaya dapat melihat perkara positif.

"Isteri saya pernah beritahu yang 'awak dapat 10,000 komen positif tapi awak terkesan dengan satu komen negatif. Awak patut fokus yang positif dan merasai keindahan dunia yang positif'.

"Jadi, saya sentiasa cuba melihat sesuatu dengan positif," katanya.

Dalam pada itu, Abhishek memberitahu dia tidak akan membiarkan kegagalan dan kritikan orang memberi kesan negatif kepada dirinya.

"Anda tidak boleh berhadapan dengan kegagalan... kegagalan berdepan dengan anda. Satu-satunya perkara yang penting ialah bagaimana anda keluar daripadanya.

"Saya tidak membiarkan kegagalan dan kritikan memberi kesan negatif kepada saya. Saya mengambilnya sebagai positif untuk memperbaiki diri sebagai seorang yang profesional.

"Saya sentiasa cuba menjadikan kegagalan saya sebagai pengajaran," katanya.

Sumber - Hindustan Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain