suria

Denis Chariesta dakwa Luna Maya suka tabur fitnah, dendam isu rampas suami Ayu Dewi

Denise meminta Luna menghubunginya sendiri daripada terus menabur fitnah.

PENYANYI yang sedang meningkat naik iaitu Denise Chariesta secara lantang dan terbuka memberi amaran kepada Luna Maya agar tidak masuk campur dalam urusan kerjayanya.

Tindakan berani Denise itu dikatakan berpunca daripada perbuatan Luna sendiri yang didakwa menghasut rakan-rakan artis lain supaya tidak menjemputnya dalam sesi podcast mereka.

"Luna menghubungi teman-teman artis lain supaya tidak menjemput saya untuk sesi podcast mereka," katanya seperti dilaporkan Suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya kecewa tiada adegan cium dengan Reza Rahadian

Denise memberitahu dia yakin tindakan Luna menghasut itu disebabkan dia pernah menjalinkan hubungan dengan suami kepada penyanyi Ayu Dewi iaitu RD sebelum ini.

Dalam pada itu, Denise secara terbuka meminta Luna menghubunginya sendiri dan tidak lagi menjadi orang tengah menyampaikan berita palsu.

"Apa yang berlaku tiada kaitan dengan dirinya, jangan sibuk hal orang! Adakah dulu Luna putus cinta kerana selalu ambil tahu hal orang lain?

"Daripada terus jadi telemarketing dengan menyebarkan fitnah, lebih baik terus bercakap kepada saya sendiri. Luna adalah seorang artis senior, malu kalau dia bertindak begini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain