suria

Kostum Halloween Megan Fox sebagai Pamela Anderson jadi bualan peminat

Megan Fox dan tunangnya, Machine Gun Kelly pada sambutan Hari Haloween.

SAMBUTAN perayaan Halloween tahun ini menyaksikan pelakon terkenal Hollywood Megan Fox menjadi perhatian peminat apabila tampil sebagai Pamela Anderson.

Tidak hanya itu, teman lelakinya, Machine Gun Kelly (MGK) turut menggubah penampilan sebagai bekas suami Pamela iaitu Tommy Lee.

Pasangan itu mengubah keseluruhan penampilan mereka dengan Megan tampil dengan gaya rambut blonde ikonik Pamela manakala MGK mengenakan singlet putih dan seluar jean hitam.

Penampilan pasangan ini mendapat pujian peminat.

Bagi melengkapkan gaya berkenaan, Megan tampil dengan gaun ketat dua tona selain mempamerkan belahan dada seperti Pamela dan berkasut tinggi.

Pakaian yang digayakan itu adalah salah satu daripada fesyen ikonik pasnagan itu pada 1995 ketika berada di Hotel Hard Rock & Casino.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Korban Halloween Itaewon ragut 149 nyawa... Tular rakaman muda-mudi terus berjoget halang ambulans

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki tercungap-cungap buat ‘live’ kongsi tragedi pesta Halloween Itaewon... Audio jeritan wanita bukti suasana luar kawalan

MGK turut mewarnakan rambut blonde miliknya kepada warna hitam untuk kelihatan serupa dengan Tommy.

Rata-rata peminat menyifatkan gaya ditampilkan pasangan itu cukup sesuai dengan mereka.

"Mereka adalah pasangan paling hangat! Megan dan MGK sesuai menjadi Pamela Anderson dan Tommy Lee," tulis peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain