suria

Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon

Lee Ji Han dilaporkan meninggal dunia.

PELAKON dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu lalu.

Agensi pelakon berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor itu dalam insiden berkenaan seperti dilaporkan Soompi.

"Kami juga berharap perkata ini tidak benar dan kami sangat terkejut mendengar khabar itu.

"Keluarga mendiang sedang dalam kesedihan. Semoga mendiang berehat dengan tenang," katanya.

Lee Ji Han dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian Ji Han mengejutkan ramai.

Dalam pada itu, berita kematian aktor berkenaan diketahui umum selepas beberapa rakan selebriti termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial masing-masing.

"Ji Han telah meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Korban Halloween Itaewon ragut 149 nyawa... Tular rakaman muda-mudi terus berjoget halang ambulans

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki tercungap-cungap buat ‘live’ kongsi tragedi pesta Halloween Itaewon... Audio jeritan wanita bukti suasana luar kawalan

"Kami meminta anda untuk mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya," tulis mereka.

Sementara itu, upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji pada Isnin, manakala majlis pengebumian akan berlangsung pada 1 November 2022.

Untuk rekod, seramai 151 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain