PASANGAN selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan. Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini. Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan. Lesti Kejora sedang hamil anak kedua. Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya. Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai. "Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik. Dia juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu buat pertama kali selepas kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora dan Rizky Billar saling berpelukan ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar mahu tutup buku, enggan buka mulut dakwaan curang selepas Lesti Kejora tarik balik laporan polis Sementara itu, pengurus pasangan berkenaan dikenali sebagai Aril Lobster memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu. "Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka," ujarnya. Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka. Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka, Leslar. Untuk rekod, Rizky didakwa melakulan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis. Insiden itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang didakwa bersikap curang selain didakwa pernah bergelar seorang gigolo dan menjalinkan hubungan songsang. Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI