suria

Adidas tamatkan kontrak, Kanye West kini jatuh miskin 

Kanye West bukan lagi hartawan.

PENYANYI rap terkenal Kanye West dilaporkan bukan lagi berstatus billionaire selepas perjanjian bersama jenama terkenal dunia Adidas ditamatkan.

Memetik laporan TMZ, kontrak berkenaan ditarik balik selepas Kanye dilaporkan membuat pelbagai kenyataan anti semitik yang menimbulkan kemarahan dalam masyarakat Amerika Syarikat.

Meskipun tidak dinyatakan berapa kerugian yang terpaksa ditanggung Kanye namun pembatalan kontrak tersebut dikatakan sudah cukup membuatkan penyanyi itu jatuh muflis.

Kanye West bukan lagi duta Adidas.

Difahamkan kerjasama di antara penyanyi berkenaan bersama Adidas bernilai melebihi RM7 bilion dan tanpanya, nilai Kanye hanya sekitar RM1.9 juta.

Kanye dikatakan hanya memiliki beberapa hartanah, katalog muzik, wang tunai serta lima peratus saham jenama pakaian bekas isterinya, Kim Kardashian.

ARTIKEL BERKAITAN: Buli teman lelaki, Kim Kardashian beri Kanye West amaran

ARTIKEL BERKAITAN: Pete Davidson terima rawatan mental trauma ‘diserang’ Kanye West

Bukan itu sahaja, beberapa jenama lain seperti Balenciaga, MRC serta agensi Creative Artist juga sudah menamatkan kerjasama dengan penyanyi rap bermasalah itu.

Malah jenama Gap turun menurunkan semua produk kerjasama mereka serta menutup kedai dalam talian Yezzy Gap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain