suria

Penyanyi legenda Tony Bennet meninggal dunia

Tonny Bennet meninggal dunia pada usia 96 tahun.

PENYANYI legenda Tony Bennet meninggal dunia pada Jumaat pada usia 96 tahun.

BBC melaporkan kematian penyanyi berkenaan disahkan oleh wakil syarikat pengurusannya iaitu Sylvia Weiner dalam satu kenyataan kepada Associated Press.

Penyanyi berkenaan meninggal dunia di New York namun punca kematian tidak didedahkan kepada umum.

TONY3

Bennet pernah memenangi 20 anugerah di Grammy Awards.

Bagaimanapun, sejak 2016 Bennet menderita penyakit Alzheimer.

Bennet atau Anthony Dominick Benedetto dilahirkan dalam keluarga yang berasal dari Itali.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Coco Lee meninggal dunia, keluarga sahkan akibat bunuh diri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama 'Snowdrop' maut jatuh tangga, keluarga buat keputusan derma organ mendiang

Pada usianya 10 tahun, bapa penyanyi itu meninggal dunia dan menyebabkan keluarganya jatuh miskin.

Sewaktu zaman remaja, Bennet menjadi pelayan dan penyanyi sebelum mendaftar untuk belajar muzik serta lukisan di New York's School of Industrial Art.

Legenda pop jazz itu bagaimanapun menjadi tentera Amerika Syarikat (AS) pada 1944 dan menyertai peperangan antara Perancis dan Jerman menjelang akhir Perang Dunia Kedua.

Selepas pulang ke America, kerjaya nyanyiannya diteruskan dan muncul menerusi lagu Because Of You yang menjadi hit pada tahun 1951.

uu

Bennet merupakan penyanyi legenda era 50-an.

Bennet kemudiannya menjadi ikon remaja dan melancarkan album pertama pada 1952.

Mendiang meneruskan pencapaian terbaik dalam carta di AS pada setiap dekad berikutnya menerusi lagu-lagu hit termasuk Blue Velvet dan Rags to Riches.

Untuk rekod, Bennet pernah memenangi sebanyak 20 anugerah di Grammy Awards selain pernah menerima Grammy Lifetime Achievement Awards dan dua anugerah Primetime Emmy Awards.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain